Khamis, 31 Julai 2014

Xperia Z3 TERBARU DARI SONY


 Akhir-akhir ini, kita dapat mendengar banyak perkara mengenai model-model Sony Xperia tanpa pengumuman mengenai model terbaru Xperia Z3 dan Xperia Z3 compactkhabar angin mengenai kemunculan model terbaru ini telah kuat bertiup sehingga ada desas-desus mengatakan  bahawa telefon bimbit terbaru ini mungkin akan diumumkan secara rasmi pada IFA 2014 pada bulan September. Sony masih belum mengesahkan kehadirannya di IFA tahun ini, tetapi XperiaBlog melaporkan bahawa syarikat itu akan turut serta berada pada persidangan IFA itu nanti.
 

Dikatakan juga Sony akan menjadi tuan rumah sidangan akhbar IFA 2014 pada 3 september nanti. Sementara itu dua hari sebelum IFA bermula secara rasmi berkemungkinan model Z3 ini akan diperkenalkan kepada umum oleh pengeluar Sony. Perkara sebegini bukanlah luar biasa bagi syarikat-syarikat untuk mempamerkan produk baru sebelum acara utama bermula. Oleh itu, kita pasti boleh mengjangkakan kemungkinan pada 3 September  sebagai tarikh pengumuman bagi kedua-dua model  Xperia Z3 dan Z3 compact.

Xperia Z3 sepatutnya hanya mempunyai kenipisan7 mm , tetapi internals mungkin tidak banyak berbeza daripada apa yang Z2 telah pun tawarkan kepada penggunaZ3 akan menampilkan paparan skrin 5.15 inci dengan 1080 x 1920 piksel, 20.7 MP kamera belakang, 3 GB RAM, dan quad-core 2.5 GHz Snapdragon pemproses 801Xperia Z3 Compact yang lebih kecil dikatakan lebih sporty berskrin paparan 4.5 inci dengan 720 x 1280 piksel, manakala ciri-ciri lain termasuk sama Snapdragon pemproses 801, dan hanya 2 GB RAM.

IFA 2014 akan diadakan di Berlin, Jerman, antara 5 September hingga 10 September Sehingga tiba, kita dapat melihat beberapa gambar yang didakwa menggambarkan Sony Xperia Z3  di bawah.....